YBhg. Profesor Datin Dr. Noor Hazlina Ahmad dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia
30 Julai 2026 | Putrajaya
Setinggi-tinggi tahniah YBhg. Profesor Datin Dr. Noor Hazlina Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.
Surat pelantikan berkenaan telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dalam satu sesi yang berlangsung di Putrajaya.
YBhg. Datin Prof. Dr. Noor Hazlina memiliki kelulusan Doktor Falsafah dari University of Adelaide, Australia dan mempunyai kepakaran dalam bidang keusahawanan, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kompetensi keusahawanan serta pengurusan organisasi. Beliau pernah menyandang jawatan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan, menerajui pelbagai inisiatif transformasi akademik dan antarabangsa serta diiktiraf di peringkat serantau sebagai Presiden Asian Academy of Management.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan yang cemerlang, kewibawaan akademik, serta komitmen berterusan Prof. Datin dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi dan jaringan antarabangsa.
- Hits: 70