Taklimat Kembara Perpustakaan Hamzah Sendut ke Pusat Pengajian Pengurusan 2014
Tarikh : 2hb Julai 2014
Masa : 9.00 - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Persidangan Pusat Pengajian Pengurusan
Anjuran : Bahagian Rujukan dan Penyelidikan, Perpustakaan Hamzah Sendut, USM
Program ini bertujuan menjadi platform pengenalan dan penerangan umum oleh ketua-ketua bahagian dari Perpustakaan ( Bahagian Perkhidmatan) dengan para pensyarah pusat pengajian, penyelidik, R.O, pelajar sarjana dsb bagi memperkenalkan sumber-sumber maklumat perpustakaan yang terkini (Pangkalan data, Library Discovery Service, Endnote,Mendeley, Impact factor publication) dan lain lain perkhidmatan semasa bagi tujuan kemudahan rujukan dan penyelidikan.
Aturcara program:
1. Kata-kata Aluan dan Pengenalan oleh Ketua Bahagian Rujukan
2. Penggunaan sumber-sumber bahan di perpustakaan dan Pangkalan Data, menyemak impact factor dan H-Index, membina Researcher ID, Scopus ID dan Google ID etc oleh liaison perpustakaan bagi Pusat Pengajian
3. Penggunaan perisian EndNote bagi membina sitasi dan bibliografi dalam penulisan ilmiah oleh Pustakawan Rujukan
4. Penerangan ringkas tentang Program Pendidikan Pengguna dan Literasi Maklumat oleh Pustakawan Rujukan
5. Soal Jawab dan Hal-hal Lain (ketua-ketua bahagian- Perkhidmatan)


- Hits: 2992