National Capacity Building Programme for Innovation and Enterpreneurship Leading to Successful Research Commercialization Workshop

National Capacity Building Programme for Innovation and Enterpreneurship Leading to Successful Research Commercialization Workshop

Anjuran: AKEPT and UKM                

Tarikh: 2 -7hb Jun 2013                           

Tempat: Holiday Inn Melaka

Dr Anuar 1 edit 

Ahli Kumpulan 5: Pensyarah daripada Unisza dan USM dengan produk Virtual Umrah

Tanggal 2hb Jun 2013, Ahad bersamaan 22 Rejab 1434, saya telah memulakan perjalanan ke Melaka untuk mengikuti kursus ‘Workshop National Capacity Building Programme for Innovation and Enterpreneurship Leading to Successful Research Commercialization’ seperti yang telah diamanahkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia. Terima kasih kepada Prof. Fauziah bt Md Taib, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan dan Dr Hasliza Abdul Halim yang mewakilkan saya bagi pihak Unit Kepimpinan dan Keusahawanan Lestari (UKKL) Pusat Pengajian Pengurusan (PPP).

Program berlangsung selama 5 hari ini bermula dengan majlis perasmian pada 2hb Jun 2013 pada jam 7.45 malam. Bengkel secara rasminya bermula pada pagi 3hb Jun 2013 dan dikendalikan sepenuhnya oleh empat orang Pembentang daripada Stevens School, Amerika. Bengkel ini dijalankan mengikut dua kaedah; teori dan praktikal. Para peserta akan diterangkan secara teori kaedah membuat Rancangan Perniagaan (RP) yang berkesan langkah demi langkah. Seterusnya, para peserta diminta untuk membentangkan contoh-contoh produk yang dibawa atau dicipta pada masa itu. Bermula daripada mengenal pasti masalah, mengenal pasti sasaran pengguna, sumbangan dan pembaikan yang diperolehi daripada produk yang dicipta, hinggalah kepada anggaran kos permulaan, keuntungan, dan sasaran dana yang diperlukan bagi mengkomersilkan produk tersebut, dibentuk dan dibentangkan di akhir program.

Dr Anuar 2 edit

 Pembentangan Akhir Produk Virtual Umrah

Pada hari terakhir program, pertandingan pembentangan produk telah diadakan dan beberapa panel daripada industri telah dijemput untuk mengadili kebolehpasaran produk-produk tersebut. Anugerah Produk Terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Di majlis tersebut, Anugerah Peserta Paling Inovatif dan ‘Outstanding’ sepanjang bengkel tersebut telah di anugerahkan kepada Dr Mohd Anuar bin Arshad daripada USM, Pulau Pinang. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Dr Anuar 3 edit

Dr Anuar 4 edit

Sijil dan Coin Anugerah ‘The Most Innovative and Outstanding Participant'

Secara, umumnya, program ini sangat baik untuk semua penyelidik yang ingin mengkomersilkan produk baru mereka. Ia juga sangat bermanfaat kepada Jabatan Inovasi dan Pengkomersilan USM untuk memulakan langkah yang lebih tepat bagi mendapatkan sasaran pengguna, atau pelabur untuk mengkomersilkan produk universiti. Semoga pasukan yang baru pulang dapat menyumbang ke arah penambahbaikan kepada proses pengkomersilan produk universiti yang sedia ada.

**Disediakan Oleh: Dr Mohd Anuar Arshad, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengurusan, USM

  • Hits: 3917

School of Management
Universiti Sains Malaysia,11800 USM, Penang, Malaysia.
Tel : +604-653 3984/3985/2520/3370
Fax :+04-657 7448 | Email: som@usm.my