School of Management |  Main Campus

Majlis menandatangani memorandum perjanjian antara Universiti Sains Malaysia, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, Pulau Pinang (PERDASAMA)

 

WhatsApp Image 2019 03 05 at 10.05.46

5 Mac -- Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Penang International Halal Hub Development Sdn Bhd serta Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) bagi menjalin kerjasama dalam bidang perniagaan digital.

Memorandum itu ditandatangani antara Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Prof Dr Noor Hazlina Ahmad; Pengerusi Penang International Halal Hub, Datuk Abdul Halim Hussain; dan Timbalan Presiden Perdasama, Datuk Abdull Rahim Saad.

Berucap pada majlis tersebut, Noor Hazlina berkata menerusi MoA itu, ketiga-tiga pihak akan bekerjasama dalam satu program khusus berhubung e-dagang dan pemasaran internet melalui kaedah pembelajaran berteraskan pengalaman.

  • Hits: 1205

School of Management
Universiti Sains Malaysia,11800 USM, Penang, Malaysia.
Tel : +604-653 3984/3985/2520/3370
Fax :+04-657 7448 | Email: som@usm.my